← Kembali ke Tulislah
Privasi anda

Dasar Privasi

Kemas kini: 24 September 2026

Dasar ini menerangkan maklumat yang diproses apabila anda menggunakan Tulislah di tulislah.com untuk membuat, menyimpan dan mengeksport dokumen.

1. Maklumat yang kami terima

Jangan masukkan maklumat peribadi pihak lain ke dalam dokumen jika anda tidak mempunyai hak untuk menggunakannya.

2. Cara maklumat digunakan

Kami menggunakan maklumat untuk mengesahkan akaun, menjana dan menyimpan dokumen, mengurus kuota dan langganan, memproses bayaran, menyelesaikan masalah, memahami sumber pelawat, menjaga keselamatan perkhidmatan dan menjawab pertanyaan anda.

3. AI, Google Drive dan penyedia perkhidmatan

Jika anda memilih fungsi kemasan AI, teks dokumen yang berkaitan dihantar kepada penyedia AI untuk menghasilkan output. Semak kandungan sensitif sebelum menggunakan fungsi ini. Jika anda menyambungkan Google Drive, Tulislah menggunakan kebenaran yang diberi untuk mengeksport fail yang anda pilih; token sambungan disimpan secara tersulit supaya fungsi itu boleh beroperasi. Log masuk Google digunakan untuk pengesahan identiti asas.

Perkhidmatan teknikal kami termasuk Supabase untuk pengesahan dan data akaun, infrastruktur pengehosan, penyedia AI untuk permintaan yang anda mulakan, Google untuk log masuk atau eksport Drive, dan CHIP untuk pembayaran. Maklumat yang diperlukan boleh dihantar kepada penyedia berkenaan, termasuk diproses di luar Malaysia. Kami tidak menjual kandungan dokumen anda kepada pengiklan.

Meta Pixel: jika anda memilih “Setuju” pada pilihan Pixel, skrip Meta merekod lawatan laman untuk mengukur prestasi iklan. Skrip ini tidak dimuatkan jika anda menolak pilihan tersebut. Anda boleh mengubah pilihan melalui “Pilihan Pixel” di bahagian bawah laman. Meta mungkin menetapkan kuki mengikut dasarnya sendiri.

4. Simpanan dan keselamatan

Dokumen pengguna berakaun disimpan bersama akaun; dokumen tetamu dikaitkan dengan pelayar yang digunakan. Anda boleh memadam dokumen melalui fungsi padam dalam aplikasi. Kami menyimpan maklumat selama diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan, mengurus transaksi, menyelesaikan pertikaian dan memenuhi kewajipan yang berkaitan. Akses sistem dihadkan dan langkah perlindungan teknikal digunakan, namun tiada sistem dalam talian yang boleh dijamin bebas risiko sepenuhnya.

5. Pilihan dan hak anda

Anda boleh menyemak dan mengemas kini kandungan dokumen, memadam dokumen yang tersedia dalam akaun, atau meminta akses, pembetulan dan pemadaman data peribadi dengan menghubungi kami. Kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan dan mungkin menyimpan rekod tertentu jika diperlukan untuk transaksi atau kewajipan yang berkaitan. Anda boleh menyekat kuki melalui pelayar, tetapi dokumen tetamu mungkin tidak dapat diakses semula.

6. Perubahan dan pertanyaan

Jika dasar ini berubah, versi terkini akan dipaparkan di halaman ini dengan tarikh kemas kini baharu. Untuk soalan atau permintaan berkaitan data, emel ciptaraventures@gmail.com.